Macam mana Cracktech guna maklumat anda
Bila anda isi borang quotation di Cracktech, kami cuma guna maklumat yang anda bagi untuk hubungi anda semula pasal pertanyaan website anda.
Maklumat yang kami simpan
Maklumat yang mungkin kami simpan termasuk nama anda, nama bisnes atau company, nombor telefon, pakej yang anda pilih, halaman yang anda datang dari, dan maklumat kempen seperti UTM atau Meta click ID kalau ada.
Kenapa kami simpan
Tujuan dia cuma untuk team kami follow up enquiry anda, bagi quotation, dan faham dari mana enquiry tu datang supaya kami boleh improve kempen dan website kami.
Kami tak jual data anda
Kami tak jual, sewa, atau kongsi maklumat peribadi anda dengan pihak luar untuk tujuan yang tak berkaitan dengan enquiry anda.
Tracking & analytics
Kami mungkin guna tools analytics dan advertising seperti Meta Pixel untuk faham prestasi kempen. Maklumat matching untuk iklan hanya akan digunakan ikut tetapan sistem, consent, dan keperluan undang-undang yang berkaitan.
Nak hubungi kami
Kalau anda nak tanya pasal data yang anda hantar, anda boleh hubungi Cracktech melalui nombor rasmi di website ini.